fbpx

‘Buat apa tu…?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular yang mendakwa dua anggota polis melakukan pemerasan dalam kejadian di Jalan Taming Sari, Kajang baru-baru ini.

KAJANG – Polis Selangor menahan dua anggota polis selepas disyaki melakukan pemerasan ke atas warga asing di Jalan Taming Sari, di sini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, seorang lelaki asing membuat laporan polis berhubung kejadian itu seperti yang tular dalam media sosial.

“Hasil semakan video tular membawa kepada penahanan dua anggota yang bertugas di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Kajang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua suspek direman selama dua hari bermula hari ini untuk membantu siasatan.

“Polis Selangor tidak akan melindungi mana-mana pegawai kanan atau rendah yang didapati terlibat dalam kesalahan jenayah,” katanya.

Terdahulu, tular di dalam media sosial video berdurasi 47 saat memaparkan dua anggota polis sedang berurusan dengan dua orang awam.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI