fbpx

Derma kempen Kamala Harris hampir RM1 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar GAMBAR fail Harris di sebuah lapangan terbang di Westfield, Sabtu lalu. - Foto AFP

WASHINGTON – Kempen politik Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris berjaya mengumpulkan derma sebanyak AS$200 juta (RM926.53 juta), lapor portal berita VOA semalam.

Wanita itu muncul sebagai calon Presiden AS daripada Parti Demokrat bagi menggantikan Presiden Joe Biden yang menarik diri.

Derma yang tinggi itu menjadi bukti daya tarikan Harris dalam perlumbaan beliau menentang calon Parti Republikan, bekas Presiden AS, Donald Trump.

Menurut pihak pengurusan kempen wanita berkenaan, sebahagian besar derma itu atau 66 peratus merupakan penyumbang kali pertama.

Perkembangan itu berlaku selepas Biden mengumumkan keluar daripada perlumbaan untuk bertanding dalam pilihan raya Presiden AS pada  November ini dan menyuarakan sokongan beliau kepada Harris.

Lebih 170,000 sukarelawan juga telah mendaftarkan diri  untuk membantu kempen Harris ketika pilihan raya tersebut tinggal 100 hari lagi untuk diadakan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI