fbpx

‘Biarkan kami ibu mengandung puaskan keinginan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INTAN Najuwa mohon ruang untuk menikmati tempoh kehamilan tanpa banyak pantang larang mengarut netizen.

PETALING JAYA – Disekolahkan netizen gara-gara minum teh ais yang didakwa mempunyai pewarna buatan merisikokan janin dalam kandungan, pelakon Datin Intan Najuwa mengakui pengambilan minuman berkenaan bukannya satu rutin setiap hari sebaliknya sekadar memenuhi keinginannya ketika hamil.

Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 26, memaklumkan dia tidak minum minuman tersebut setiap hari selain sentiasa mengambil multivitamin khas untuk ibu mengandung demi kesihatan.

“Bagi yang tertanya-tanya mengenai teh ini, saya cuma mahu beritahu bahawa saya tidak minum setiap hari.

“Saya hanya ambil ketika teringin dan biarkan saya nikmati keinginan sepanjang hamil.

“Terima kasih kerana ambil berat tetapi biarkan kami ibu mengandung puaskan keinginan kami. Kami sebagai bakal ibu selalu ambil banyak suplemen setiap hari,” katanya menerusi Instagram.

Dalam masa sama, pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu merujuk pakar dan keluarga sebelum mengambil sebarang makanan sepanjang tempoh kehamilan.

“Kadang-kadang kami sebagai ibu mengandung cuma mahu merasa makanan atau minuman yang tidak biasa tetapi kami berhati-hati setiap pengambilan dan merujuk doktor serta keluarga saya.

“Mereka kata okey sahaja asalkan dalam kadar sederhana. Saya juga sentiasa mengamalkan pemakanan sihat cuma kali ini mahukan sedikit perubahan,” ujarnya lagi.

Kenyataan tersebut dikeluarkan pelakon asal Johor Bahru itu selepas seorang pengikut menasihatinya supaya tidak mengambil minuman yang boleh memudaratkan janin.

“Teh ini tidak bagus untuk kehamilan awak sebab mengandungi pewarna buatan,” tutur pengikut.

Sebelum ini, Intan memaklumkan kini berbadan dua selepas hampir setahun mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf Azman pada Ogos tahun lalu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI