fbpx

8 direkod keterangan kes rumah kekasih terbakar di Ampang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua warga tempatan yang terbabit dalam kebakaran rumah flat kelmarin.

AMPANG – Seramai lapan individu dipanggil untuk dirakam keterangan selepas sepasang kekasih disyaki terbabit dalam kejadian kebakaran di flat lima tingkat Lembah Maju, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian itu, seorang wanita berusia 28 tahun meninggal dunia, manakala lelaki berusia 37 tahun pula melecur di bahagian kaki, tangan dan muka.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, keputusan bedah siasat mendapati mangsa wanita maut disebabkan terhidu asap tebal dan luka akibat kebakaran.

“Mangsa lelaki pula cedera dan sedang menerima rawatan di Hospital Ampang. Lelaki itu masih belum sedarkan diri. Seramai lapan saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan.

“Kita masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif kejadian termasuk elemen jenayah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan polis membuka kertas siasatan kerana kesalahan melakukan khianat dan kematian mengejut. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI