fbpx

70,000 ‘sarung’ tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Atlet berjalan di hadapan kafeteria Perkampungan Olimpik di Saint-Denis, utara Paris, pada 22 Julai lalu. – AFP

PARIS –  Seorang bekas atlet Olimpik mendedahkan bahawa temasya sukan dunia tersebut menjadi ‘gelanggang’ peserta untuk melampiaskan nafsu dengan melakukan hubungan intim, lapor laman berita Unilad.

Bekas atlet lompat jauh  Jerman, Susen Tiedtke berkata, ketika Sukan Olimpik berlangsung, aktiviti hubungan jenis adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

Menurutnya, situasi itu berlaku disebabkan atlet mahukan kelegaan diri dan minda selepas bertungkus-lumus berlatih untuk acara penting tersebut.

“Atlet berada di kemuncak fizikal mereka di Sukan Olimpik. Apabila pertandingan tamat, mereka mahu membebaskan ‘tenaga’,” katanya yang menyertai Olimpik pada tahun 1992 dan 2000.

Sementara itu menurut beberapa  laporan, ketika Olimpik Tokyo 2020 berlangsung, pihak penganjur terpaksa memesan tambahan sebanyak 20,000 kondom selepas 70,000 yang disediakan habis digunakan.

Pada tahun ini, penganjur Olimpik Paris dikatakan membekalkan 300,000 stok kondom kepada Perkampungan Olimpik, jumlah tertinggi  pernah dipesan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI