fbpx

4 lelaki miliki pistol, peluru diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barangan yang dirampas dalam serbuan di Sungai Bakap, Sabtu lalu.

GEORGE TOWN – Polis menahan empat lelaki tempatan berserta sepucuk pistol jenis Glock, dua pucuk pistol angin serta beberapa butir peluru dalam serbuan di Sungai Bakap, dekat sini Sabtu lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, kesemua suspek berusia 19 hingga 27 tahun itu ditahan bagi membantu satu kes pergaduhan yang berlaku pada 13 Jun lalu.

Dalam serbuan pertama, polis menahan seorang lelaki di Juru yang kemudiannya membawa penahanan tiga lagi suspek disyaki terlibat dalam kejadian tersebut.

“Pemeriksaan polis di sebuah rumah milik suspek yang ditahan di Sungai Bakap menemukan pelbagai senjata api. Polis merampas dua pucuk pistol angin We Tactical bersama kelopak tanpa peluru, satu kelopak, bungkusan ‘ball bearing’ dan botol tulisan green gas di rumah itu,” katanya di sini hari ini.

Menurut Hamzah, suspek kemudian membawa polis ke sebuah pejabat di Kampung Baru Valdor, Sungai Bakap dan merampas sepucuk pistol jenis Glock buatan Austria berwarna hitam.

“Selain pistol, kita merampas kelopak peluru pistol Glock, peluru tertera tulisan WCC 17, tiga peluru S&B Auto 45 dan peluru PMC Auto 45.

“Kita masih menyiasat dari mana suspek memperoleh senjata api itu, Selain itu, kita juga sedang menyiasat sama ada senjata api ini digunakan suspek untuk jenayah lain atau sebaliknya,” katanya.

Salah seorang suspek mempunyai rekod kes dadah. Mereka direman tujuh hari sehingga 1 Ogos untuk siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. Seorang lagi suspek berusia 27 tahun disiasat di bawah Seksyen 326 kanun sama dan Seksyen 8 Akta Senjatapi 1971 (Penalti Lebih Berat) dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI