fbpx

[VIDEO] Wanita tular ‘seluk beg’ pelanggan diburu polis Kota Marudu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tindakan suspek menyeluk dompet seorang pelanggan di sebuah restoran dirakam CCTV.

KOTA MARUDU – Seorang wanita diburu dipercayai terbabit dalam kejadian menyeluk saku dompet milik seorang pelanggan wanita di sebuah restoran pada 20 Julai lalu.

Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa yang juga pesara berusia 59 tahun hendak membayar di kuanter restoran terbabit.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Zairolnizal Ishak berkata, menyedari dompet milik mangsa hilang, wanita berkenaan kemudiannya cuba berusaha mencari di sekeliling tetapi gagal menemui dompet miliknya.

“Wanita terbabit kemudiannya mengesyaki dompetnya telah dicuri sebelum membuat laporan polis.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati terdapat dua rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di dalam kedai dan sebuah lagi di luar premis berkenaan,” katanya.

Zairolnizal memaklumkan rakaman CCTV di luar restoran menunjukkan suspek berjalan menuju ke arah sebarang jalan dan terdapat sebuah kereta jenis Proton Iswara berwarna putih sedang menunggu.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa kerugian kira-kira RM2,500 termasuk wang tunai berjumlah RM1,800.

“Usaha mengesan suspek wanita sedang giat dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI