PETALING JAYA – Seorang wanita mendakwa, bayaran kepada pembuat kandungan atau ‘content creator’ bagi video yang dihasilkan boleh menyamai atau melebihi gaji bulanan yang diterima seorang ketua pegawai eksekutif atau CEO.
Menerusi video dimuat naik oleh Adalyna, dia menceritakan rakannya yang didakwa bekerja dalam industri media mendedahkan perlu membayar RM80,000 kepada ‘content creator’ bagi membuat tiga kandungan video.
“Kawan saya ni memang kerja dalam bidang media. Dia cerita, baru ‘sign’ kontrak untuk bayar agensi sebanyak RM80,000 untuk tiga ‘content’. Masa saya dengar tu, punya terdiam macam malaikat lalu.
“Bayangkan tiga ‘content’ anda boleh dapat RM80,000. Saya cakap tiga ‘content’ bukan 30 ‘content’. Jadi maksudnya nilai untuk satu ‘content’ itu RM26,000 lebih. Engkau rasa? Terduduk ‘sister’ waktu tu,” katanya.
Adalyna berkata, harga setinggi itu membuktikan ada pihak yang sanggup membayarnya kepada pembuat kandungan atau ‘content creator’.
“Faktanya ialah, dia dah ‘sign’ kontrak untuk bayar RM80,000 untuk tiga ‘content’ sahaja. Membuktikan memang ada orang sanggup bayar sebanyak itu untuk penciptaan kandungan,” katanya.
Pada akhir video itu pula, wanita itu merancang untuk mewujudkan pasukan sendiri terdiri daripada penyunting video, pembuat kandungan, ‘content strategist’, dan hos secara langsung (live host).
Video tersebut mendapat pelbagai maklum balas, bahkan ada yang berpandangan bayaran dikenakan untuk kandungan itu adalah setimpal.
“Agak logik juga untuk RM26,000 satu ‘content’ sebab nak ‘shoot’, sunting dan ‘brainstorming’ dengan pasukan sendiri. Dia kena bayar untuk pasukan dia juga,” kata seorang pengguna TikTok.
“Sejujurnya kiraan itu murah,” komen pengguna lain.
“Sebab tu ramai majikan ‘paksa’ staf bukan bidang tu untuk buat ‘content’. Nak bayar yang bertauliah punya mahal,” kata seorang individu. – KOSMO! ONLINE
@kerjazz Nak buat duit? Tengok sampai habis!!! Cepatt DM I!!! #kerjazz #fyp #foryou #contentcreator #livehost #videoeditor #contentstrategist #kerja #malaysia #viral #fypシ゚viral #malaysiatiktok #worklife #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – Adalyna