fbpx

Syamsul ke kebun durian pun disuruh balik rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syamsul Yusof

NAMA Syamsul naik lagi! Nampaknya selagi tidak bersuara tentang pelbagai khabar angin yang bertebaran tentangnya, selagi itulah netizen akan terus menyerang.

Terbaharu, video yang memaparkan dia melawat kebun durian ‘diserang’ netizen.

Bukan kerana teruja melihat kebun buah tersebut tetapi meminta dia pulang ke rumah keluarga.

Mana tidaknya, sudah lama juga Syamsul tidak melawat ibu bapanya dan netizen pula yang terlebih prihatin ketika ini.

Lucu juga Diva baca komen-komen netizen, ada yang minta dia bawa Ira Kazar pulang sekali untuk minta restu dan sebagainya. Macam-macam idea!

Apa pun, cepatlah berakhir kemelut dan rajuk antara mereka. Media pun penat juga hendak melayan drama sebegini.

DIVA: Ada netizen seloroh untuk Ira Kazar nanti dapat makan durian percuma sebab sudah ada kebun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI