fbpx

Remaja lari selepas langgar polis dicekup di jalan mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA polis melakukan sekatan jalan raya Op Samseng Jalanan di sekitar Banda Hilir, Melaka.

MELAKA – Cubaan seorang penunggang motosikal melarikan diri selepas melanggar anggota polis dalam Op Samseng Jalanan tidak berhasil selepas terperangkap di laluan jalan mati di Padang Temu dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.15 pagi itu, anggota berpangkat Lans Koperal terbabit bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut sumber, suspek yang berusia 18 tahun dan bekerja sebagai operator di sebuah syarikat minyak itu bertindak membuat pusingan U dan memecut laju sehingga terlanggar seorang anggota polis yang datang dari arah Jalan Tengkera.

“Suspek terus memecut laju ke arah Jalan Jonker dan seorang lagi anggota juga berpangkat Lans Koperal telah mengarahkannya untuk berhenti namun tidak diendahkan.

“Suspek kemudian memasuki Taman IKS Padang Temu dan hanya memberhentikan motosikalnya apabila menemui jalan mati. Dia kemudian diberkas dan dibawa ke balai untuk tindakan lanjut,” katanya hari ini.

Tambahnya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati suspek mempunyai lesen memandu dan tidak melakukan kesalahan lain.

“Dia melarikan kerana cemas melihat sekatan jalan raya yang dibuat polis. Motosikal ditunggang suspek jenis Yamaha Y15ZR telah disita.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI