fbpx

Rangka dasar digital bersama pemain industri – Gobind

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gobind Singh bergambar ketika hadir pada Majlis Anugerah PC Coms Award di sini baru-baru ini.

PETALING JAYA – Kementerian Digital akan menjalinkan kerjasama dengan semua pemain industri bagi merangka dasar bagi memperkasa industri digital di negara ini.

Menteri Komunikasi, Gobind Singh Deo berkata, sebagai langkah awal, beliau telah meminta semua ketua industri berkaitan hadir ke kementerian untuk memberi pandangan mengenai garis panduan dan dasar digital yang bakal dibentuk.

Ini kerana kata beliau, kerjasama itu bukan sekadar bagi membolehkan kerajaan mengetahui masalah berkaitan sektor digital sebelum ini tetapi juga untuk melihat cabaran yang bakal didepani.

“Jadi, pengalaman yang mereka dapat daripada perjalanan dahulu hingga sekarang sangat penting supaya kita dapat menyediakan garis panduan untuk kita bergerak ke hadapan.

“Saya berpendapat adalah penting untuk kita memahami bahawa kita tidak boleh melakukan perkara itu secara bersendirian.

“Saya memaklumkan bahawa saya memerlukan bantuan mereka bagi membincangkan cara kita merangka dasar untuk membolehkan Malaysia bergerak ke hadapan dengan input daripada industri dan sudah tentu kerajaan akan membantu sekadar yang termampu,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya mampu mencapai sasaran sumbangan ekonomi digital sebanyak 25.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar menjelang 2025.

Perkara itu katanya dapat direalisasikan apabila semua pihak termasuk rakyat memanfaatkan platform yang disediakan oleh kerajaan untuk mengembangkan perniagaan mereka.

“Kita perlu pastikan kita memberikan usaha yang mencukupi untuk memastikan bahawa setiap rakyat Malaysia mahir menggunakan platform-platform digital ini untuk kebaikan dan mengubah cara perniagaan mereka,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI