fbpx

Qabil kibar jalur gemilang di bumi Sepanyol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QABIL meraikan kemenangan sulungnya di ESBK. Foto:ZK Racing

KUALA LUMPUR – Sejarah tercipta apabila pelumba cilik negara, Qabil Irfan Azlan melakukan kejutan dengan menjuarai perlumbaan Perlumbaan 2 Pusingan 4 Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) sekali gus memastikan Lagu Negaraku berkemundang di Litar Antarabangsa Catalunya, Sepanyol.

Biarpun membuat kemunculan sulung di kelas Moto4 bersama pasukan Sepanyol, VHC Frando Racing itu, namun usaha gigih yang ditunjukkan Qabil pada setiap pusingan perlumbaan membuahkan hasil apabila berjaya menamatkan saingan di tempat pertama dengan catatan terpantas 20 minit 40.195 saat (s).

PELUMBA berbakat negara, Qabil meraikan kemenangan sulungnya di ESBK. -ZK Racing

Kemenangan sulung Qabil di pentas ESBK ternyata memberi kebanggaan kepada peminat sukan dua roda negara selepas pelumba berbakat negara itu mampu memberi saingan hebat bersama pelumba-pelumba Eropah di luar sana.

“Saya berjaya menamatkan perlumbaan hari ini di tempat pertama. Ini rezeki saya apabila dapat meraih kemenangan pada pusingan kali ini. Terima kasih emak, ayah, kru pasukan, ZK Racing dan SIC.

“Ini kemenangan pertama saya di ESBK,” kata Qabil yang sebelum ini muncul selaku juara dunia di Kejuaraan Siri Dunia MiniGP 2023 itu.

Hasil keputusan tersebut, Qabil kini berada di kedudukan keempat dalam carta keseluruhan pelumba dengan 108 mata manakala pelumba Sepanyol, Enzo Zaragoza masih mendahului kedudukan, 163 mata.

Selepas ini, Qabil akan menghadapi Pusingan 5 dijadual berlangsung di Litar Estoril, Portugal dari 29 Ogos hingga 1 September ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI