fbpx

Pan-gon jadi milik kelab Korea Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAN-GON diumumkan sebagai pengendali baharu Ulsan HD selepas meninggalkan skuad Harimau Malaya. - FB ULSAN HD

KUALA LUMPUR – Teka-teki destinasi bekas pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon akhirnya terjawab apabila sah dilantik sebagai jurulatih kelab Korea Selatan, Ulsan HD.

Perkembangan itu disahkan sendiri oleh kelab itu yang membuat pengumuman rasmi menerusi laman media sosialnya, hari ini.

“Buat pertama kali saya dilantik selaku pengendali di Liga Korea Selatan. Saya rasa seperti baharu kembali daripada perjalanan yang jauh,” jelas Pan-gon.

Untuk rekod, Pan-gon sebelum ini cipta kejutan apabila ambil keputusan lepaskan jawatannya lebih awal bersama skuad kebangsaan Malaysia dimana kontrak asalnya hanya akan tamat hujung tahun depan.

Ulsan HD akan bermain di Liga Juara-Juara Asia Elite yang turut diserta Johor Darul Ta’zim (JDT) selaku wakil tunggal dari Malaysia.

Undian dijangka akan dilakukan pada 16 Ogos ini di Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI