fbpx

Olimpik Paris: ‘Maafkan saya sayang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Gianmarco Tamberi bersama isterinya, Chiara Bontempi Tamberi. - Foto AFP

PARIS – Atlet lompat tinggi Itali, Gianmarco Tamberi memohon maaf kepada isterinya selepas kehilangan cincin perkahwinan mereka semasa upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam.

Juara dunia berusia 32 tahun itu mengibarkan bendera untuk Itali ketika bot yang membawa kontinjen negara itu belayar menyusuri Sungai Seine, apabila cincin tersebut terlepas dari jarinya.

“Maafkan saya sayang, saya minta maaf sangat-sangat,” tulisnya di Instagram yang didedikasikan untuk isterinya, Chiara Bontempi Tamberi.

Atlet itu menyalahkan kehilangan berat badannya dan semangat berkobar-kobar sehingga menyebabkan cincin tersebut hilang.

Tamberi dan isterinya berkahwin sejak September 2022. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI