fbpx

Olimpik Paris: Jaguh Kazakhstan raih emas bersejarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SMETOV (kiri) berjaya menewaskan Mkheidze dengan keputusan satu ipoon di pentas final awal pagi semalam. - AFP

PARIS – Atlet judo Kazakhstan, Yeldos Smetov akhirnya mampu tersenyum sebelum menutup kariernya di pentas antarabangsa selepas berjaya merealisasikan impiannya memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik Paris 2024.

Lebih manis, ia adalah pingat emas pertama buat Kazakhstan dalam acara berkenaan dalam sejarah penyertaan negara itu di pentas Sukan Olimpik.

Smetov, 31, meraih kejayaan itu selepas menewaskan atlet tuan rumah yang juga di ranking ketiga dunia, Luka Mkheidze pada final kategori 60 kilogram (kg) di Champ de Mars Arena awal pagi semalam.

“Saya pernah berjanji dengan diri sendiri empat tahun lalu bahawa saya tidak akan meninggalkan gelanggang tanpa pingat emas Olimpik.

“Jika saya perlu terus bersaing sehingga umur 40, saya akan tetap lakukannya. Sudah terlalu lama saya menunggu saat ini dan saya bekerja keras untuk mencapainya, sekarang saya boleh tersenyum,” katanya.

Turut mencuri tumpuan ialah ratu judo Jepun yang juga juara dunia tiga kali, Natsumi Tsunoda Natsumi selepas menghadiahkan pingat emas pertama negara itu di pentas Olimpik Paris kali ini.

Tsunoda, 31, berjaya mengalahkan juara dunia tahun ini dari Mongolia, Baasankhuu Bavuudorj dengan keputusan satu ipoon di pentas final wanita bawah 48kg kelmarin, manakala gangsa dimenangi atlet Sweden berusia 18 tahun, Tara Babulfath.

“Ini detik yang sangat indah dalam karier saya kerana bukan mudah untuk menewaskan lawan hebat (Bavuudorj) hari ini. Saya cuma tenang dan percayakan diri sendiri bahawa saya boleh menang hari ini,” jelas Tsunoda. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI