fbpx

Olimpik Paris: Jacobs sedia pertahan emas pecut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JACOBS kembali berada pada prestasi terbaik untuk mempertahankan gelaran raja pecut Olimpik selepas bebas daripada masalah kecederaan. - AFP

PARIS – Atlet olahraga berpengaruh Itali, Marcell Jacobs bersedia untuk mempertahankan gelaran ‘raja pecut’ pada temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris yang sudah membuka tirai rasmi semalam.

Sebagai rekod, Jacobs telah mencipta kejutan apabila muncul pemenang pingat emas edisi 2020 di Tokyo tiga tahun lalu dengan catatan 9.80 saat (s) meskipun tidak dilabel antara pelumba pilihan ketika itu.

Selepas bergelut dengan prestasi ekoran kecederaan sejak tiga tahun lalu, Jacobs yang kini berusia 30 tahun mengakui sudah kembali berada pada tahap terbaik untuk menguasai acara 100m Olimpik.

“Saya telah dikritik hebat sejak tiga tahun lalu tidak kira daripada media tempatan di Itali serta antarabangsa. Mereka mendakwa saya seorang pengecut apabila sering terlepas kejohanan olahraga utama.

“Namun, saya menafikan sepenuhnya laporan tersebut kerana saya sering dibelenggu kecederaan selepas menang pingat emas Olimpik 2020. Secara realiti agak sukar bergelar juara Olimpik khususnya di Itali kerana tekanannya sangat tinggi.

“Kini, saya sudah pulih sepenuhnya dan tiga azam yang dibuat pada awal tahun ini adalah untuk kekal cergas, bergelar juara Eropah yang berjaya saya lakukan pada Jun lepas dan kemudian kekalkan pingat emas Olimpik,” katanya.

Jacobs yang dijangka berdepan cabaran sengit daripada jaguh AS, Noah Lyles dan Oblique Seville (Jamaica) hanya membuat catatan terbaik pada tahun ini dengan rekod 9.92s. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI