fbpx

Olimpik Paris: Ibu kota Perancis terputus bekalan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsikan di media sosial menunjukkan kota Paris bergelap, namun tiada pengesahan rasmi dibuat. - X

PARIS – Pengguna media sosial mendakwa bahawa pusat bandar Paris mengalami gangguan bekalan elektrik, namun tiada sebarang pengesahan dibuat setakat ini, lapor akhbar Daily Mail.

Beberapa pengguna platform X menyiarkan video dan gambar di sekitar pusat bandar yang menunjukkan Paris berada dalam kegelapan akibat gangguan bekalan elektrik.

Bagaimanapun, laporan menyebut terdapat keraguan terhadap kesahihan video itu.

Berita itu muncul ketika Sukan Olimpik Paris 2024 mengalami permulaan ‘bergelora’ termasuk gangguan pengangkutan awam ketika perkhidmatan kereta api dihentikan akibat ‘serangan pembakaran besar-besaran’.

Hujan lebat yang melanda Paris turut mendatangkan malapetaka serta memaksa beberapa acara sukan ditangguhkan, manakala acara pembukaan kelmarin menerima pelbagai kritikan hebat. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI