fbpx

Nyaris maut dibelit ular sawa ketika buang air besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki dibelit oleh seekor ular sawa di Madhya Pradesh. - Tangkap Layar/Metro

NEW DELHI – Sebuah klip video memaparkan detik mencemaskan ketika seorang lelaki hampir mati dibelit seekor ular sawa gergasi, lapor akhbar Metro UK semalam. 

Ketika kejadian, mangsa sedang membuang air besar di kawasan semak-samun berhampiran sebuah dusun di negeri Madhya Pradesh, India.

Dalam rakaman itu, mata lelaki tersebut terbeliak ketakutan ketika ular sawa sepanjang 5.18 meter itu melilit tubuhnya. 

Lelaki berkenaan difahamkan sedang membuang air besar di kawasan itu apabila dia diserang reptilia gergasi tersebut. 

Bagaimanapun, jeritannya didengar oleh sekumpulan penduduk tempatan yang datang untuk membantu melepaskannya daripada lilitan ular itu.

Ketika mereka tiba, ular sawa itu sudah melilit leher mangsa sambil bersedia untuk menelannya.

Dalam klip video itu, beberapa lelaki didengari berkata, ‘bunuh’ ketika salah seorang daripada mereka menetak reptilia itu menggunakan sebilah kapak.

Mangsa difahamkan dibawa ke sebuah hospital untuk menerima rawatan. – AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI