fbpx

Masoud Pezeshkian secara rasmi diumumkan Presiden Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khamenei (kiri) dan Pezeshkian (kanan) semasa majlis pengesahan Presiden baharu di Tehran hari ini. - AFP

TEHRAN – Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei memberikan pengesahan rasmi terhadap reformis, Masoud Pezeshkian sebagai Presiden kesembilan Republik Islam itu, selepas pilihan raya mengejut berakhir awal bulan ini.

Dalam mesej yang dibacakan oleh Pengarah Pejabat Khamenei, beliau berkata: “Saya menyokong undi (untuk) Pezeshkian yang bijak, jujur, popular dan cendekiawan. Saya melantik beliau sebagai Presiden Republik Islam Iran.”

Pezeshkian dijangka mengangkat sumpah di hadapan Parlimen Iran pada Selasa ini.

Beliau memenangi pilihan raya pusingan kedua pada 5 Julai lalu dalam menentang calon ultrakonservatif, Saeed Jalili, bagi menggantikan Presiden Ebrahim Raisi yang maut dalam nahas helikopter pada Mei lalu.

Reformis berusia 69 tahun itu memperoleh lebih daripada 16 juta undi atau kira-kira 54 peratus daripada sekitar 30 juta undi.

Presiden Iran bukan ketua negara, sebaliknya kuasa tertinggi terletak pada pemimpin tertinggi iaitu jawatan yang dipegang oleh Khamenei sejak 35 tahun lalu. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI