fbpx

‘Manja abang ni, sikit-sikit tag Suhaimi Sulaiman’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perbualan balas RTM Malaysia dengan seorang pengguna X yang mengecam mengenai siaran perlawanan bola sepak malam tadi.

PETALING JAYA – Seorang pengguna X mengecam pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) termasuk ‘tag’ pada akaun Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman hanya kerana tidak dapat menonton siaran langsung bola sepak perlawanan antara Selangor FC dan Penang FC malam tadi.

Bagaimanapun, tindakan ‘bijak’ pengguna tersebut kemudiannya dibalas oleh pentadbir akaun X RTM menggunakan ayat kelakar sekali gus mengundang gelak tawa netizen.

“Habis tu yang guna Astro ni ‘pisang’ (bosan) tak boleh tengok ‘live game’ (siaran langsung perlawanan) Selangor malam ni ke @RTM_Malaysia? Tak pernah tak bodoh korang ni. Sakit la hati @suhaimisulaiman,” marah individu tersebut.

Ia dibalas oleh akaun X RTM Malaysia yang meminta individu itu memuat turun aplikasi khusus bagi menonton siaran langsung perlawanan itu.

“Manja abang ni. Sikit-sikit ‘tag’ @suhaimisulaman. Benda boleh setel sesama kita bang.

“Abang muat turun RTMKlik. Kat smart TV, phone, tab, iPad semua boleh. Lepas tu abang ‘click’ kat channel Sukan RTM. Ada game tu bang. Kita lelaki, kena ‘relax’. Jangan gelabah,” katanya.

Hantaran itu sempat ditangkap layar seorang pengguna X dikenali sebagai Adam Yusuf dan pentadbir akaun X RTM Malaysia turut membalas komen di situ.

“Dia sesat, min tunjukkan jalan yang betul. Harapnya dia tak merajuk,” katanya.

Sementara itu, Adam turut memuji sikap pentadbir X RTM Malaysia yang membalas komen tersebut secara santai.

“Terhibur aku baca layanan mesra admin RTM Malaysia ni. Kalau macam ni punya rajin, aku yakin RTM bakal jadi ‘brand’ penyiaran paling mesra dan kreatif untuk generasi baharu. Tahniah. Teruskan kemeriahan dan keriangan,” katanya.

“Hanya insan terpilih je dapat menahan kesabaran apabila berdepan dengan kebodohan. Siap bahasa lembut pula tu,” komen Blue Eyes.

“Memang kena ajar macam tu. ‘Win’ admin RTM Malaysia,” kata Wan Eed. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI