fbpx

Malaysia terus perkukuh kerjasama kepimpinan baharu UK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Persidangan Pasca Menteri ASEAN dengan UK di Vientiane, Laos pada Jumaat lepas. Foto Facebook Wisma Putra.

PUTRAJAYA – Malaysia menyatakan harapannya untuk terus memperkukuh dialog dan kerjasama di bawah kepimpinan baharu United Kingdom (UK).

Kementerian Luar Negeri (KLN) dalam hantaran di aplikasi Facebook berkata, perkara itu dinyatakan melalui Persidangan Pasca Menteri ASEAN dengan UK pada Jumaat di Vientiane, Laos.

Delegasi Malaysia diketuai Ketua Setiausaha KLN, Datuk Seri Amran Mohamed Zin ke persidangan itu.

“Malaysia turut menggesa menggesa UK, sebagai anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), untuk menyokong penentuan nasib sendiri rakyat Palestin.

“Menyeru gencatan senjata di Gaza, dan menyokong usaha ASEAN ke arah keamanan di Myanmar,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, KLN memaklumkan, dari segi ekonomi, Malaysia telah mengutamakan teknologi kewangan rentas sempadan, sokongan terhadap Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dan memupuk celik digital melalui Pakej Kerjasama Perkhidmatan Kewangan ASEAN-UK.

“Selain itu, Malaysia turut menekankan pengukuhan kerjasama pendidikan untuk memupuk inovasi dan pemikiran kritis dalam kalangan belia,” ujarnya.

Katanya, Malaysia juga menyeru ASEAN dan UK mengutamakan peralihan hijau yang adil, inklusif dan saksama melalui kerjasama dalam tenaga boleh diperbaharui, infrastruktur hijau dan pembiayaan iklim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI