fbpx

Malaysia hantar surat permohonan ke Rusia sertai gabungan BRICS – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika menerima kunjungan hormat Lavrov di Seri Perdana. Foto Facebook Anwar.

PUTRAJAYA – Malaysia telah menghantar surat permohonan kepada Rusia untuk menyertai gabungan BRICS (Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan) baru-baru ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hantaran di aplikasi Facebook memaklumkan perkara itu ketika menerima kunjungan hormat Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov dalam lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula semalam di Seri Perdana.

Anwar berkata, antara intipati utama perbincangan bersama Lavrov adalah berhubung penyertaan Malaysia ke dalam gabungan BRICS.

“(Selain itu), kami menyentuh aspek pengukuhan kerjasama dua hala, dan Malaysia menegaskan agar hubungan sedia ada dipertingkat dan diperkukuh terutama dalam sektor pelaburan dan perdagangan, sains dan teknologi, pertanian, pertahanan dan ketenteraan, pendidikan serta pelancongan dan budaya,” katanya menerusi hantaran itu hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, Malaysia dan Rusia sepakat kepada keperluan mendesak gencatan senjata kekal, bantuan kemanusiaan segara di Palestin.

“Selain Palestin diperaku sebagai ahli penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” ujarnya.

Berkenaan Ukraine pula, Perdana Menteri berkata, Malaysia menyeru agar dialog dan perbincangan menjadi jalan keluar kepada konflik ini.

Pertemuan itu turut dihadiri Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Kunjungan hormat itu merupakan sebahagian daripada rangka lawatan dua hari Lavrov ke Malaysia.

Tahun lepas, Rusia merupakan rakan dagangan ke-25 terbesar Malaysia.

Kadar eksport ke negara berkenaan turut mencatat peningkatan 17 peratus melibatkan barangan elektrik dan elektronik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI