fbpx

Lesen perkhidmatan media sosial wajar – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk Tahun 2024 di Kompleks UMNO Bagan Datuk, Sungai Sumun di Bagan Datuk hari ini. - Foto AINSAFRE BIDIN

BAGAN DATUK – Tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bahawa semua perkhidmatan media sosial dan perkhidmatan pesanan internet perlu memohon lesen adalah wajar bagi mengelakkan pengguna ‘fake account’ terus menggugat keamanan dan keselamatan rakyat negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dengan nada tegas berkata, pengenalan undang-undang itu bersifat kritikal supaya tiada yang menggunakan fake account (akaun palsu) untuk menimbulkan persepsi yang negatif.

“Jika gambaran-gambaran positif digunakan maka orang yang bertanggungjawab itu ialah mereka yang benar-benar melaksanakan tugas sebagai nitizen yang tidak menyorok atas nama orang lain dan menggunakan fake account untuk membuat buli siber.

“Apa yang berlaku baru-baru ini hingga menyebabkan kematian adalah amat menyedihkan kerana apabila dibawa ke mahkamah undang-undang tidak memberikan hukuman yang setimpal. Kita tidak salahkan mahkamah dalam hal ini tetapi undang-undang hanya mengenakan denda RM300 dan RM100,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk Tahun 2024 di Kompleks UMNO Bagan Datuk, Sungai Sumun di sini hari ini.

Media melaporkan semalam MCMC memperkenalkan satu kerangka kawal selia baharu pada 1 Ogos dalam usaha mewujudkan ekosistem dalam talian lebih selamat kepada kanak-kanak dan keluarga.

Katanya, menerusi kerangka baharu itu, semua perkhidmatan media sosial dan perkhidmatan pesanan Internet yang mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di Malaysia, perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi.

Katanya, lesen itu di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588). Akta tersebut akan mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 2025.

“Kegagalan memperoleh lesen selepas tarikh kuat kuasa adalah satu kesalahan dan tindakan perundangan sewajarnya boleh diambil di bawah Akta 588,” katanya.

Ahmad Zahid berharap supaya akta dipinda supaya hukuman yang lebih berat kepada mereka yang melakukan buli siber dapat dihukum dengan setimpal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI