fbpx

Lapan lagi trip feri Langkawi batal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penumpang membanjiri kaunter tiket di Terminal Feri Kuala Kedah untuk menuntut kembali wang setelah perjalanan feri ke Langkawi hari ini batal ekoran ombak tinggi.

ALOR SETAR – Sebanyak lapan lagi perjalanan feri Langkawi terpaksa dibatalkan hari ini ekoran ombak tinggi sehingga empat meter di perairan negeri ini.

Pengurus Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn. Bhd., Leftenan Komander (B) Norhafiz Abdul Wahid berkata, trip tersebut melibatkan sebanyak 1,926 penumpang dari Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Kedah ke Langkawi.

“Jumlah penumpang yang masih tidak boleh meneruskan pelayaran dari Langkawi ke Kuala Kedah adalah 1,030 orang, manakala jumlah penumpang dari Kuala Kedah ke Langkawi adalah 896 orang.

“Kita dimaklumkan ketinggian ombak lebih kurang empat meter sementara kelajuan angin antara 16 hingga 18 knots, ini boleh membahayakan aktiviti pelayaran feri dan bot-bot kecil,” katanya ketika ditemui di Terminal Feri Kuala Kedah di sini hari ini.

Katanya, trip  yang dibatalkan adalah feri dari Langkawi pada pukul 12.30 tengah hari dengan muatan 259 penumpang, 2.30 petang (271 penumpang), 4.30 petang (345 penumpang) dan 7 malam (155 penumpang).

“Sementara dari Kuala Kedah pula trip pukul 1.30 tengah hari (545 penumpang), 3.30 petang (147 penumpang),  5.30 petang (127 penumpang) dan 7.30 malam (76 penumpang),” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI