LOS ANGELES – Selebriti Amerika Syarikat, Kim Kardashian mengaku tidak dapat tidur selepas mendapat tahu bekas teman lelakinya, Pete Davidson tidak menjalinkan hubungan dengan sesiapa pada masa ini, demikian menurut satu laporan baharu.
Kardashian telah berpisah dengan Davidson selama hampir dua tahun.
“Kardashian sentiasa berasa ada perkara yang tidak selesai antara dia dan Davidson,” kata sumber yang tidak dinamakan kepada Star Magazine.
“Dia (Kardashian) yakin kali ini akan berbeza. Dia mendambakan keseronokan dalam hidup dan dia sentiasa menerima Davidson,” tambah sumber sama. –AGENSI