JAKARTA – Seorang ketua unit polis di Bali ditangkap basah dalam satu serbuan ke atas sebuah rumah di pulau peranginan itu, lapor laman berita Radar Buleleng kelmarin.
Maklumat yang diterima daripada polis Denpasar menyatakan bahawa satu serbuan dilakukan pada Sabtu minggu lalu, kira-kira pukul 11.50 malam (waktu tempatan).
Lelaki tersebut ditangkap berdua-duaan di dalam bilik sebuah rumah miliknya.
“Kami menerima maklumat bahawa pegawai itu ditangkap basah bersama isteri orang di dalam bilik.
“Hubungan terlarang itu sudah berlanjutan selama setahun sejak dia bertugas di balai polis kawasan Laut Gilimanuk,” kata satu sumber.
Tambah sumber tersebut, pegawai berkenaan berdepan ancaman diberhentikan tugas disebabkan tindakannya itu. – AGENSI