fbpx

Kebergantungan diesel di Sabah, Sarawak tinggi punca harga kekal -Armizan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan ketika menghadiri Majlis Perasmian Stesen PETRONAS Bukit Garam, Kinabatangan hari ini.-Foto IVAN AMIRUL

KINABATANGAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang merangka satu gerakan massa bagi melibatkan orang ramai dalam memerangi penyelewengan barang kawalan bersubsidi terutama diesel dan RON95 di Sabah dan Sarawak.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, gerakan sama dilaksanakan susulan daripada keputusan kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan penyasaran subsidi diesel secara berperingkat bermula dengan Semenanjung Malaysia.

Menurutnya, keputusan pengecualian Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dalam penyasaran subsidi diesel pada masa ini dibuat dengan mengambil kira pelbagai faktor.

“Antara faktor utama pengecualian dibuat pada masa ini ialah kebergantungan tinggi para pengguna khususnya di Sabah dan Sarawak kepada penggunaan kenderaan bahan api diesel.

“Ia berikutan keperluan yang mengambil kira faktor geografi dan taraf jalan perhubungan darat dan air. Selain itu, pengecualian adalah melibatkan pertimbangan risiko kesan rantaian yang mengambil kira kadar harga barangan dan perkhidmatan di Sabah, Sarawak dan Labuan yang sememangnya lebih tinggi berbanding di Semenanjung.

“Tahap kesediaan serta akses maklumat pengguna bahan api diesel di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan untuk pemprofilan penyasaran subsidi diesel bagi pengguna individu, agri komoditi dan sektor pengangkutan awam mahupun barangan,” katanya ketika menghadiri Majlis Perasmian Stesen PETRONAS Bukit Garam hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI