fbpx

Jangan tampar lalat di muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan lalat longkang. - Foto Weibo

BEIJING – Mata seorang lelaki di China bertukar merah dan bengkak sebelum menjadi buta, hanya kerana dia memukul seekor lalat sehingga mati di mukanya, lapor laman berita Asiaone semalam.

Lelaki dikenali sebagai Wu dari Shenzhen itu mengalami perubahan tersebut sejam selepas dia memukul serangga berkenaan.

Dia pada mulanya didiagnosis dengan konjunktivitis dan diberikan ubat. 

Bagaimanapun, penglihatannya mata kirinya merosot secara drastik dan doktor berkata, dia mengalami jangkitan bakteria pada mata. 

Ketika keadaan Wu semakin teruk, keputusan sukar terpaksa dibuat iaitu untuk mengeluarkan bola mata kirinya bagi mengelakkan bakteria daripada menjangkiti otak, lapor akhbar South China Morning Post.

Media China melaporkan bahawa serangga itu adalah daripada jenis lalat longkang, juga dikenali sebagai lalat rama-rama. 

Ia biasanya ditemui di kawasan lembap seperti dapur dan bilik mandi. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI