ROM – Sebuah hotel yang dianggap paling terpencil di dunia terletak pada ketinggian 4,572 meter dari paras laut di sebuah kawasan pergunungan di Itali, lapor akhbar The Sun kelmarin.
Hotel Margherita itu terletak di Punta Gnifetti, Banjaran Monte Rosa. Hotel berkenaan boleh membuatkan sehingga 70 tetamu dan turut menawarkan hidangan piza.
Tempat penginapan terpencil itu dinamakan sempena nama Permaisuri Margherita dari Itali yang melawatnya pada tahun 1893.
Hotel itu menawarkan pengalaman menakjubkan kepada pendaki dan pengembara yang menerokai Banjaran Alps di sebelah Itali.
Selain peranannya sebagai tempat perlindungan untuk pendaki gunung, hotel tersebut juga berfungsi sebagai stesen penyelidikan saintifik.
Tempat itu dilengkapi dengan instrumen untuk memantau keadaan persekitaran dan atmosfera altitud tinggi.
Harga penginapan satu malam termasuk makanan adalah sekitar €60 euro (RM303) hingga 100 euro (RM505) untuk setiap penghuni. – AGENSI