fbpx

Hidalgo bakal jadi nadi serangan Tok Gajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HIDALGO menerima pujian jurulatih kerana bekerja keras mencari gol menentang KL City semalam. - SRI PAHANG FC

KEPUTUSAN seri tanpa jaringan dengan Kuala Lumpur City FC (KL City) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras semalam menjadi detik penting buat Sri Pahang FC untuk mempamer kebangkitan pada baki saingan selepas ini.

Walaupun dihimpit masalah di posisi serangan, pengendalinya, Fandi Ahmad sudah mampu melihat tanda-tanda positif daripada anak-anak buahnya dan berharap ia mampu diteruskan pada perlawanan selepas ini.

“Kita tidak ada jalan lain kecuali perlu terus bekerja keras kerana pasukan lain makin kuat. Kita tidak boleh ketinggalan dan dengan satu mata pada perlawanan ini ia akan memudahkan pemain dapat keyakinan.

“Yang penting pemain sudah berikan yang terbaik pada perlawanan ini. Mereka sudah rasakan kekalahan tetapi pada perlawanan ini, mereka tampil dengan aksi luar biasa, agresif dan tidak beri ruang kepada KL City.

“Apa pun kami belum puas kerana kami tetap perlukan kemenangan. Tetapi kita tahu bukan senang menentang KL City kerana mereka mempunyai pemain dan skuad berpengalaman,” katanya.

Sepanjang perlawanan kelmarin, kedua-dua pasukan sering dihimpit masalah penyudah dan seri sudah memadai buat Tok Gajah yang kini seakan dihimpit isu prestasi.

Dalam masa sama, jurulatih dari Singapura itu turut memuji komitmen bintang import, Manuel Hidalgo yang dilihat setiasa bekerja keras untuk merobek gawang lawan.

“Dia sentiasa bekerja keras dan saya ada beritahu kepadanya, setiap kali berjaya lepasi kawalan lawan, dia perlu lepaskan rembatan. Dia sekarang nadi kami di bahagian depan terutamanya selepas ketiadaan penyerang kerana masalah kecederaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI