fbpx

Haram peluk anjing, ini jawapan Ben Amir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEN Amir menganggap anjing hitam sebagai pengawal keselamatannya sepanjang 'hiking' menuju EBC.

PETALING JAYA – Tindakan pelakon Ben Amir memuat naik foto memeluk seekor anjing mengundang rasa kurang senang segelintir netizen dalam media sosial sejak semalam.

Tampil bersuara tentang hal tersebut, Ben atau Muhammad Amir Sabaruddin, 34, berkata anjing tersebut merupakan haiwan yang menjaganya sepanjang perjalanannya mendaki ke Everest Base Camp (EBC), Nepal.

“Anjing ini ikut menjaga dan membantu pastikan laluan selamat untuk kami.

“Di sini ada snow leopard (harimau bintang) kau tahu tak? Aku sayang dia sebab jaga kami tetapi kau (netizen) sibuk nak haramkan macam tiada otak,” katanya dalam InstaStory.

Pelakon drama Bawah Payung Awan itu juga menegaskan anjing tersebut menjadi pelindung daripada ancaman binatang buas seperti harimau kumbang.

“Kepada yang tidak tahu apa itu snow leopard, kalau dia baham, selamat jalanlah ke alam lain.

“Anjing ini menemani kami sejak hari pertama. Melindungi dan bantu bagi memastikan setiap laluan selamat daripada haiwan pemangsa.

“Kalau anda tak suka anjing kita tidak boleh berkawan,” ujarnya yang kini dalam petualangan solo ke EBC. Sebelum ini, destinasi hiking terkenal di dunia tersebut pernah dijejaki beberapa selebriti tanah air seperti Azhan Rani dan Neves Pretty Ugly. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI