fbpx

EPL: Aston Villa sasar bawa masuk bintang Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EMERY mahu terus memperkuatkan pasukannya dengan kemasukan beberapa pemain berprofil tinggi. - AFP

LONDON – Aston Villa dilaporkan sedang merencanakan usaha bagi mendapatkan khidmat pemain sayap Barcelona, Raphinha bagi mempersiapkan skuad terkuat untuk menghadapi saingan musim baharu termasuk aksi Liga Juara-Juara.

Berdasarkan laporan, pengendali Villa, Unai Emery cuba mendapatkan khidmat Raphinha melalui dana yang diperoleh hasil penjualan Moussa Diaby yang menyertai Al Ittihad di Liga Arab Saudi.

RAPHINHA

Raphinha dilihat calon yang sesuai untuk Villa menambah kekuatan di bahagian serangan selain pengalaman yang dimiliki di Liga Perdana Inggeris bersama Leeds United sebelum ini juga turut diambil kira.

Biarpun berjaya mendapatkan khidmat Jaden Philogene di bahagian serangan, kehadiran Raphinha dilihat mampu memberi lebih banyak pilihan buat Emery selain kemampuannya meledak gol juga memberikan nilai tambah.

Sepanjang bersama Barcelona sejak berhijrah pada 2022, pemain antarabangsa Brazil itu berjaya meledak 10 gol dan mencipta 13 umpanan gol dalam 37 penampilan sepanjang musim lalu.

Bagaimanapun, Villa tidak bersendiri dalam usaha memburu Raphinha apabila satu lagi kelab England, Newcastle United juga dilapor berminat untuk mendapatkan khidmat pemain berkenaan.

Raphinha membuat 65 penampilan di EPL bersama Leeds sebelum ini dan cukup dikenali sebagai pemain yang memiliki sikap bekerja keras dan sentiasa memberikan ancaman untuk pasukan lawan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI