fbpx

Durian ‘hilang’ bau ketika pesawat di udara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar menunjukkan kitaran udara yang berlaku dalam sebuah pesawat.

PETALING JAYA – Seorang juruterbang mendedahkan bau ‘semerbak’ durian yang menghantui peminat raja buah itu akan hilang semasa pesawat berada di udara.

Ini kerana kata Mohd. Ezairol Rezan Zainol, udara dalam kabin sentiasa diganti baru dalam tempoh dua atau tiga minit sekali.

Bagaimanapun katanya, bau durian tersebut akan ‘datang’ semula apabila pesawat mendarat.

“50 peratus dari udara yang dikitar semula ni akan di ‘filters’ (tapis) sebelum digunakan semula.

“Itulah sebabnya kita jarang terhidu bau busuk kentut, bau kaki orang atau bau stokin busuk masa dalam pesawat tu melainkan orang yang kentut busuk itu berada dekat dengan kamu.

“Contohnya, jika dia duduk kat ‘same row’ (barisan sama) atau row depan kamu. Maka itulah orang yang kita patut suspek tau,”tulisnya.

Mengulas lanjut, Mohd. Ezairol berkata, hampir setiap minggu dia akan menerbangkan satu kargo penuh dengan durian Musang King ke Hong Kong waktu bukan musim durian.

“Durian Musang King gred A harganya agak mahal, sebiji durian Musang King gred A ni boleh mencecah RM200 sebiji.

“Biasa kalau bawa durian, baunya memang sangat kuat. Naik je ke ‘cockpit’kita dah boleh hidu semerbak bau durian,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI