fbpx

Anwar beri sumbangan buat Sathiya, tampung kos perubatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Farhan (kanan) ketika menyampaikan sumbangan kepada Sathiya di kediamannya baru-baru ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sumbangan kepada pelawak veteran tersohor, Sathiya Periasamy di kediamannya baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Anwar berkata sumbangan itu disampaikan melalui, Setiausaha Politik beliau, Farhan Fauzi selepas dimaklumkan Sathiya telah diserang penyakit angin ahmar.

“Alhamdulillah saya dimaklumkan saudara Sathiya masih mampu tersenyum dan pelakon sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu ini sempat berbicara terkait perjalan seninya.

“Namun beliau masih memerlukan rawatan berkala dan tahap kesihatannya perlu sentiasa dipantau.

“Sebelum pulang, saudara Farhan telah menghulurkan sumbangan bagi pihak saya bagi mengurangkan beban kos perubatan yang perlu ditanggung,” katanya.

Tambah Anwar, beliau mendoakan agar pelawak veteren itu diberikan kesembuhan segera sekali gus kembali ke dunia seni tanah air.

“Semoga saudara Sathiya kembali pulih secepat mungkin dan dipermudahkan urusan, sekali gus dapat terus berkarya serta berbakti kepada dunia seni tanah air,” ujarnya.

Sebelum ini, Sathiya, 60, memaklumkan mengenai perkembangan terkini kesihatannya selepas lima hari terkena serangan angin ahmar ringan.

Menurut anak sulungnya iaitu Vickynesawwry Nayar, 34, pelawak itu dikejarkan ke HKL selepas rawatan segera di sebuah klinik mendapati tekanan darahnya rendah dipercayai berpunca daripada masalah kesihtan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI