fbpx

68 kebakaran terbuka di Sarawak, kes naik mendadak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Dalat memadam kebakaran belukar di kawasan ladang nanas Kampung Sungai Kut Tengah.

KUCHING – Trend kebakaran terbuka di Sarawak mencatatkan peningkatan mendadak dalam tempoh enam hari sejak Isnin lalu, sekali gus menjadi kebimbangan kepada pasukan bomba dan penyelamat.

Timbalan Pengarah Bomba Sarawak Tiong Ling Hii, berkata setakat semalam, sebanyak 68 kes direkodkan dengan melibatkan keluasan 59.066 hektar.

“Jumlah kes kebakaran terbuka yang tertinggi dicatatkan adalah pada semalam iaitu sebanyak 28 kes berbanding 15 kes yang dicatatkan pada hari sebelumnya. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 87 peratus,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata Zon Sibu mencatatkan jumlah kes tertinggi setakat semalam iaitu sebanyak 18 kes, diikuti Zon Kuching dan Miri yang masing-masing sebanyak 13 kes.

Selain itu, katanya ialah Zon Samarahan (8 kes), Zon Limbang (6 kes), Zon Bintulu (5 kes) dan Zon Sri Aman (4 kes).-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI