fbpx

41 NADI di Pulau Pinang akan beroperasi sebelum hujung tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lawatan Teo ke NADI Pengkalan Kota, Pulau Pinang hari ini.

PETALING JAYA – Sebanyak 41 buah Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) akan beroperasi sepenuhnya di Pulau Pinang sebelum hujung tahun ini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan hari ini berkata, daripada jumlah tersebut, 34 NADI sudah pun memulakan operasi manakala baki tujuh lain masih dalam proses pelaksanaan.

Ujarnya, dengan perancangan ini, warga Pulau Pinang boleh menikmati perkhidmatan yang ditawarkan di NADI menerusi penyusunan semula program-program sedia ada.

“Ia berpandukan kepada lima teras utama iaitu keusahawanan, pembelajaran sepanjang hayat, kesejahteraan kendiri, kesedaran serta inisiatif kerajaan.

“Objektif penyusunan semula program ini adalah untuk memperkasakan komuniti di samping memastikan akses dan peluang yang sama rata untuk komuniti setempat sambil menangani keperluan khusus mereka.

“Dalam memastikan perancangan yang dibuat berjalan lancar, Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching petang tadi telah mengadakan lawatan kerja ke NADI Pengkalan Kota di George Town,” katanya.

Tambah kenyataan itu, pembinaan NADI baharu ini adalah sebahagian daripada agenda kerajaan di bawah insiatif ‘satu Dewan Undangan Negeri (DUN), satu NADI’.

“Melalui inisiatif ini, sebanyak 1,097 NADI akan beroperasi menjelang akhir tahun dan setakat suku kedua tahun ini, sebanyak 950 NADI telah siap dan beroperasi manakala selebihnya dalam peringkat pelaksanaan.

“MCMC komited memastikan penyediaan capaian Internet secara kolektif kepada masyarakat selain memperkasa komuniti melalui perkhidmatan pintar yang holistik dan mampan serta menjadikan NADI sebagai pusat sebaran maklumat berkenaan dengan inisiatif kerajaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI