fbpx

19 pelajar alami muntah, demam dan gatal selepas sertai kejohanan akuatik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Onn Hafiz melihat keadaan kolam renang di Pusat Akuatik MBJB Arena Larkin sebelum ini.

JOHOR BAHRU – Seramai 19 pelajar yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Akuatik Majlis Sukan Sekolah Johor (MSSJ) 2024 pada Selasa hingga Khamis lalu dikejarkan ke hospital setelah mengalami pelbagai gejala kesihatan.

Peserta yang menerima rawatan di hospital itu dipercayai muntah-muntah, demam, kulit gatal dan demam dipercayai terkesan dengan air di dalam kolam renang dan kolam terjun.

Susulan laporan yang diterima itu, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi membuat lawatan mengejut ke Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Arena Larkin bagi melihat sendiri keadaan kemudahan awam itu.

“Kita dapat laporan, daripada 900 peserta mengambil bahagian dalam Kejohanan itu, seramai 19 pelajar telah dimasukkan ke hospital setelah mengalami gejala yang pelbagai.

“Sehubungan itu, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) telah mengambil sampel air di kedua-dua kolam yang digunakan untuk dihantar ke Jabatan Kimia untuk dibuat penilaian bagi melihat sama ada ia memberi kesan langsung kepada pelajar terbabit.

“Oleh itu, sementera menunggu keputusan laporan kimia sampel air itu diperolehi, pusat Akuatik ini akan Kita tutup sementara waktu,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke pusat akuatik itu.

Tinjauan wartawan di lokasi mendapati lantai serta dinding kolam itu berwarna kuning seakan berkarat manakala di platform papan anjal pula kotor dan terdapat bangkai cicak.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI