fbpx

11 maut dalam tanah runtuh di Hunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelamat menggunakan jentera berat untuk mengalihkan runtuhan dalam kejadian tanah runtuh di wilayah Hunan hari ini. - Xinhua

BEIJING – Satu kejadian tanah runtuh yang disebabkan oleh banjir di wilayah Hunan, tengah China memusnahkan sebuah rumah tumpangan dan menyebabkan 11 orang maut hari ini, lapor media pemerintah.

Dalam kejadian itu, sekurang-kurangnya seorang lagi masih hilang, lapor badan penyiaran CCTV.

Menurut CCTV, pada mulanya, seramai 18 orang disahkan tertimbus di dalam tanah.

Namun, setakat tengah hari tadi, 11 mayat dan enam mangsa yang cedera telah ditemui, lapor stesen televisyen milik pemerintah itu.

Laporan CCTV menyatakan, tanah runtuh itu berpunca daripada banjir kilat di sebuah gunung.

Lebih 240 kakitangan kecemasan dikerahkan ke tempat kejadian dengan kerja-kerja menyelamat masih diteruskan, kata saluran televisyen tersebut.

Satu rakaman video yang diterbitkan oleh akhbar Beijing Youth Daily menunjukkan lumpur memenuhi lereng bukit dan sebatang pokok tumbang di hadapan sebuah bangunan tiga tingkat.

China mengalami musim panas dengan cuaca ekstrem dan banjir kilat di utara serta barat daya, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang pada awal bulan ini. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI