PETALING JAYA – Sebanyak 11 kawasan di seluruh negara sedang mengalami cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga sehingga pukul 4 petang ini.
Berdasarkan perkongsian di laman Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) keadaan itu berlaku di tiga kawasan di Semenanjung, tujuh kawasan di Sarawak dan satu kawasan di Sabah.
“Di Semenanjung, ia melibatkan kawasan (Larut & Matang) Perak, (Kuala Muda) Kedah dan (Kuala Krai) Kelantan.
“Sementara itu, Sarawak antara kawasan terlibat termasuklah iaitu Miri, Marudi, Sibu, Kapit, Lubok Antu, Sri Aman dan Kuching.
“Satu kawasan di Sabah adalah di sekitar Beaufort,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, bagi cuaca panas tahap berjaga-jaga, suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.-KOSMO! ONLINE