fbpx

Lelaki pakai baju kurung, tudung ditahan di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian lelaki berpakaian wanita yang ditahan JHEAT di sebuah flat di Kuala Terengganu, hari ini.

KUALA TERENGGANU – Gara-gara berpakaian seperti wanita termasuk berbaju kurung dan bertudung, tujuh lelaki ditahan dalam serbuan oleh pasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), di sebuah flat di bandar raya ini hari ini.

Kesemua tujuh lelaki itu berusia dalam lingkungan 17 hingga 54 tahun itu ditahan pada pukul 12 tengah malam.

Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan JHEAT, Aizi Saidi Abd. Aziz berkata, serbuan itu dilakukan berikutan aduan daripada penduduk setempat.

“Mereka mendakwa kurang selesa dengan perlakuan lelaki berpakaian wanita terbabit yang sering berkumpul di beranda rumah masing-masing terutama pada waktu malam.

“Perbuatan itu didakwa menarik ramai lelaki ‘berhidung belang’ memasuki kawasan flat berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, di sini hari ini.

Aizi Saidi berkata, semua yang terbabit ditahan dalam serbuan yang dilakukan di tiga buah rumah di kawasan flat berkenaan.

“Mereka telah dibawa ke Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu di sini untuk tindakan lanjut sebelum dibebaskan dengan bon jaminan hadir ke mahkamah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI