fbpx

Tiga hari operasi pembenihan awan di Sungai Muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Paras air Tasik Pedu yang menjadi takungan bagi Empangan Pedu turut menyusut akibat cuaca panas dan musim kemarau, ketika ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN

SUNGAI PETANI – Operasi pembenihan awan di Sungai Muda akan dilakukan selama tiga hari, bermula Isnin ini berikutan penurunan paras sungai itu yang dikhuatiri mengganggu bekalan air di negeri ini dan Pulau Pinang.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, operasi tersebut akan dilakukan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) seperti dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, baru-baru ini.

“Pembenihan awan ini ikhtiar yang menjadikan awan itu sejuk dan ia bawa hujan. Insya-Allah, Allah makbulkan usaha itu, hujan akan turun dan paras empangan akan naik, paras air sungai akan stabil,” katanya ketika ditemui di program Gotong-royong Perdana dan Perangi Aedes di Padang Awam Taman Ria, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, takungan air di empangan menyusut dengan cepat apabila air dilepaskan secara serentak bagi tujuan pertanian, domestik dan industri.

“Semua orang nak pakai (guna air), jadi bila keluar sekali gus ia susut cepatlah. Saya harap lepas musim  pertanian ini, air tak pakai untuk pengairan lagi dan akan tingkatkan balik takungan air di empangan,” ujarnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Muhammad Sanusi bimbang dengan peningkatan drastik kes denggi di negeri ini apabila mencatatkan lapan kematian dengan enam daripadanya berlaku di daerah Kuala Muda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI