Bagan Serai – Seramai 200 orang penduduk di kawasan Gunung Semanggol melakukan solat sunat Istis’qa di perkarangan Masjid Ar Rahmaniah, pagi ini sebagai usaha agar hujan turun di kawasan tadahan Empangan Tasik Bukit Merah.
Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Idris Ahmad dan Ahli Dewan Undangan Negeri Gunung Semanggol, Razman Zakaria yang turut hadir berkata, jika kemarau berlarutan, dibimbangi akan berlaku catuan bekalan air kepada penduduk.
“Setakat ini kita belum dimaklumkan oleh pihak -pihak berkenaan tentang keadaan sebenar meskipun ada desas-desus mengatakan bekalan untuk penggunaan domestik akan dicatu.
“Kita mengharapkan agar perkara itu tidak berlaku.” katanya bagi menjawab pertanyaan pemberita berkenaan hebahan tidak formal yang diterima oleh masyarakat setempat kononnya bekalan air kini dicatu,” katanya. – KOSMO! ONLINE