fbpx

Sempat sambut hari lahir adik sebelum lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi remaja lelaki dikhuatiri lemas di Pantai Chenang, Langkawi pada petang tadi.

LANGKAWI – Kegembiraan empat sekeluarga bersama lima lagi individu menyambut hari lahir seorang daripada mereka berakhir duka apabila remaja lelaki berusia 15 tahun dikhuatiri lemas di Pantai Chenang, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 petang itu, mangsa, Muhammad Izzham Hakimie Azizi mandi di pantai tersebut bersama adik perempuannya dan dua rakan lelaki sebelum kesemua mereka lemas.

Muhammad Izzham Hakimie hilang selepas dikatakan cuba menyelamatkan adik perempuannya itu, manakala adik mangsa serta dua rakan berjaya diselamatkan dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Maliha (HSM)

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, selepas menyambut hari lahir, mangsa bersama adik perempuan dan dua rakan lelaki turun ke pantai untuk mandi.

“Saksi iaitu kakak dan abang ipar mangsa kemudian menyedari adik mereka lemas apabila nampak dua orang terapung di tepi laut dengan orang ramai cuba menyelamatkan mangsa. Saksi juga menyatakan mangsa cuba untuk menyelamatkan adik perempuannya, namun remaja lelaki berusia 15 tahun itu disyaki lemas dan masih belum dijumpai,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI