fbpx

Raju kaya sekelip mata selepas jumpa berlian besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUTIR berlian besar yang ditemui lelaki tersebut di negeri Madhya Pradesh. – AGENSI

NEW DELHI – Nasib seorang lelaki di India tiba-tiba berubah selepas dia menemui sebutir berlian bernilai 8 juta rupee(RM445,000) semasa melombong di negeri Madhya Pradesh, tengah India.

Berlian seberat 19.22 karat itu dijangka dapat dijual pada harga 8 juta rupee dalam lelongan kerajaan.

Raju Gound berkata, dia melakukan kerja menggali di lombongnya yang disewa daripada syarikat milik kerajaan, Perbadanan Pembangunan Galian Nasional(NMDC) di bandar Panna selama 10 tahun, dengan harapan menemui berlian.

Bandar Panna terkenal dengan kekayaan berlian, manakala orang awam kerap menyewa lombong cetek dan murah daripada kerajaan untuk mencari batu permata dengan menggunakan peralatan ringkas.

Lombong itu boleh disewa dengan bayaran antara 200(RM11) hingga 250 rupee (RM13.90) untuk tempoh masa tertentu.

Sebarang penemuan perlu dihantar kepada pejabat berlian kerajaan yang menilai permata tersebut.

Menurut Perbadanan Penyiaran Britain, seorang buruh menemui sebutir berlian bernilai 15 juta rupee (RM834,496) semasa melombong di Panna pada 2018.

“Kami benar-benar miskin dan tidak mempunyai sumber lain untuk mencari wang. Kami melakukan perkara ini dengan harapan mendapat wang,” kata Raju.

Lelaki itu berkata, dia merancang menggunakan wang itu untuk membina rumah lebih baik buat keluarga di samping membiayai pelajaran anak-anaknya.

Bagaimanapun, perkara pertama yang perlu dilakukan, kata Raju, adalah membayar hutangnya yang berjumlah 500,000 rupee (RM27,800). – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI