fbpx

Perkhidmatan media sosial perlu mohon lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memperkenalkan satu kerangka kawal selia baharu pada 1 Ogos, dalam usaha mewujudkan ekosistem dalam talian lebih selamat kepada kanak-kanak dan keluarga.

Komunikasi Korporat MCMC berkata, kerangka baharu yang akan mewujudkan pengalaman dalam talian lebih baik kepada pengguna itu akan mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 2025.

“Ini selaras keputusan Jemaah Menteri bahawa perkhidmatan media sosial dan perkhidmatan pesanan Internet (Internet messaging services) mesti mematuhi undang-undang Malaysia.

“Ia demi memerangi peningkatan kes jenayah siber termasuk penipuan dalam talian, buli siber dan jenayah seksual terhadap kanak-kanak,” katanya dalam satu kenyataan, di sini tadi.

Katanya, menerusi kerangka baharu itu, semua perkhidmatan media sosial dan perkhidmatan pesanan Internet yang mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di Malaysia, perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi.

Katanya, lesen itu di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

“Kegagalan memperoleh lesen selepas tarikh kuat kuasa adalah satu kesalahan dan tindakan perundangan sewajarnya boleh diambil di bawah Akta 588.

“Sebelum ini, platform tersebut telah dikecualikan daripada keperluan pelesenan berdasarkan Perintah Komunikasi dan Multimedia (Pelesenan) (Pengecualian) 2000,” jelasnya.

Menurut MCMC, kerangka kawal selia baharu tersebut hanya terpakai kepada platform yang menepati syarat kelayakan pelesenan dan tidak melibatkan pengguna.

“Langkah ini bakal mewujudkan ekosistem dalam talian lebih selamat, serta pengalaman yang lebih baik untuk para pengguna, terutama buat kanak-kanak dan seisi keluarga,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI