fbpx

Perjuangan memburu emas Olimpik Paris 2024 bermula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DELEGASI Malaysia pada acara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024. Foto: Majlis Olimpik Malaysia

KUALA LUMPUR – Tanggal 26 Julai menjadi detik bersejarah bagi atlet negara yang melangkah ke pentas Olimpik Paris 2024 buat kali pertama dan juga medan penebus duka terutama atlet negara yang membuat kemunculan beberapa kali di temasya sukan terbesar dunia itu.

Sukan Olimpik edisi ke-30 tersebut membuka tirai dengan majlis penuh prestij apabila tuan rumah Perancis menyambut kedatangan 205 delegasi negara dengan belayar sepanjang Sungai Seine

Kira-kira 85 bot membawa kira-kira 7,500 atlet di Sungai Seine untuk menyaksikan acara pembukaan Olimpik 2024 yang julung kalinya diadakan di luar stadium.

Pada majlis pembukaan Sukan Olimpik tersebut, Kontinjen Malaysia yang diwakili oleh enam atlet dan empat pegawai tampil memukau dengan menggayakan busana ‘The Malaya’ berwarna warna hijau zaitun dengan motif keemasan hasil sentuhan Rizman Ruzaini sebagai simbolik harapan untuk para atlet membawa pulang pingat emas buat Malaysia.

Pada majlis pembukaan tersebut, penerjun negara, Bertrand Rhodict Lises dan atlet pelayaran negara, Nur Shazrin Mohamad Latif menggalas tanggungjawab sebagai pembawa Jalur Gemilang mengenakan pakaian cukup mempersona dan dilihat bersemangat untuk menghadapi temasya Sukan Olimpik Paris yang bermula 26 Julai sehingga 11 Ogos depan.

Antara atlet yang turut menyertai perarakan pembukaan Olimpik 2024 itu adalah Nur Dhabitah Sabri (terjun), Khairulnizam Mohd. Afendy (pelayaran), Ashley Lau (golf) dan Tan Rouxin (renang) di atas bot.

DELEGASI Sepanyol dan Estonia berlayar di Sungai Seine semasa upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024. -AFP

Delegasi Malaysia turut disertai oleh Hamidin, timbalannya Datuk Nicol David, ketua perubatan kontinjen Dr Jasmiza Khuzairi Jasme dan Ang Li Pei (pegawai keselamatan Majlis Olimpik Malaysia).

Turut hadir pada majlis pembukaan tersebut ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dan juga Setiausaha Agung MOM, Datuk Mohd. Nazifuddin Najib.

Kontinjen Malaysia yang dalam misi memburu kilauan pingat emas sulung di pentas Sukan Olimpik Paris kali ini akan disertai  26 atlet terbaik negara.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI