ISTANBUL – Pesohor media sosial yang juga digelar penunggang motosikal paling cantik di Russia, Tatyana Ozolina maut dalam kemalangan motosikal di Türkiye, lapor portal berita Ary News semalam.
Tatyana, 38, meninggal dunia ketika dalam perjalanan antara Mugla dan Bodrum.
Wanita itu dilaporkan menunggang BMW S1000RR berwarna merah apabila motosikalnya dilanggar oleh motosikal rakannya daripada konvoi yang sama.
Dia membrek secara mengejut dan hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah lori dekat Milas.
Tatyana mengalami kecederaan parah termasuk luka di leher.
Dia sedar selepas nahas berlaku tetapi tidak dapat bertahan lama dan meninggal dunia sebelum ambulans tiba.
Seorang penunggang motosikal lain mengalami kecederaan dalam nahas sama, manakala penunggang ketiga tidak cedera.
Nahas itu sedang disiasat oleh pihak berkuasa.
Mendiang Tatyana mempunyai jutaan pengikut di media sosialnya. – AGENSI