fbpx

Peguam maut tersepit dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta yang terbalik di Jalan Batu Kawa, malam tadi.

KUCHING – Seorang peguam meninggal dunia, manakala anak perempuannya cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan terbalik di Jalan Batu Kawa, di sini malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, dalam kejadian yang dilaporkan kira-kira pukul 10.35 malam itu, mangsa berusia 71 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Seorang daripada mangsa telah keluar dari kenderaan manakala seorang lagi tersepit dan tidak sedarkan diri.

“Pasukan bomba berjaya dikeluarkan mangsa yang tersepit, namun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Anak perempuan mangsa yang cedera ringan pula diberi rawatan awal dan dibawa ke hospital,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI