fbpx

Orang ramai diminta bantu kesan Nurhusaidafauziyah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurhusaidafauziyah.

PETALING JAYA – Polis memohon orang ramai agar mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang di Kampung Sungai Ara, Damansara Utama, di sini sejak 30 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan mangsa pada pukul 3.57 petang, 8 Julai lalu.

Jelasnya, laporan itu dibuat kira-kira seminggu selepas kehilangan remaja berusia 17 tahun itu.

“Remaja itu merupakan warga Indonesia bernama Nurhusaidafauziyah Usih berketinggian 165 sentimeter, warna kulit gelap dan berambut panjang selain mempunyai mata berwarna coklat serta berbibir nipis.

“Kali terakhir remaja terbabit dilihat berada di rumahnya di Kampung Sungai Ara, Damansara Utama, kira-kira pukul 10 pagi pada 30 Jun lalu,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung remaja itu diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI