PARIS – Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) memohon maaf kepada delegasi Korea Selatan selepas kontinjen negara itu diumumkan sebagai Korea Utara pada upacara pembukaan Sukan Olimpik 2024 awal pagi tadi.
Pada majlis tersebut, pihak penganjur tersilap mengumumkan kontinjen Korea Selatan sebagai Korea Utara Ketika menelusuri Sungai Seine di Paris.
“Kami memohon maaf atas kesilapan mengumumkan delegasi Korea Selatan pada upacara pembukaan awal pagi tadi,” kata IOC dipetik menerusi laman sosial X.
Disebabkan situasi tersebut, Timbalan Menteri Sukan Korea Selatan, Jang Mi-ran mahu mengadakan pertemuan bersama pengerusi IOC, Thomas Bach dalam masa terdekat. – AGENSI